- saya sudah boleh minum milo. kalo dulu minum milo akan dapat migrain.
- saya sudah boleh makan chocolate walaupun dalam kuantiti yang terhad tetapi saya berasa sangat gembira.
- saya nak potong rambut lagi. tapi tak tahu nak potong macam mana.
- saya ditawarkan latihan industri di semenanjung, yang saya memang ingin-inginkan supaya boleh berada dekat dengan si dia.
- thesis saya masih tiada progress.
- saya boleh tension apabila ditanya "apa progress anda?". atas sebab-sebab tertentu saya sangat benci dan muak mendengar kata-kata ini diucapkan ke batang hidung saya.
- hari ini adalah birthday Hanim Sufinaz yang saya rasakan adalah perempuan melayu terakhir di dunia! dia sangat comel dan baik dan lemah lembut dan terus terang saya katakan jika saya lesbian saya akan memikatnya sepertimana jantan-jantan diluar sana.
- teddy bear saya yang bernama Donuts sudah mula berbau busuk. tetapi bau busuk itu sedap dan saya tidak bercadang untuk menghantar Donuts ke dobi.
- meja saya penuh dengan kertas-kertas assignment yang belum disiapkan kerana fikiran saya kusut. rasanya syampu L'oreal pun tidak dapat meluruskan kekusutan ini.
- hari ini saya cuma tidur kurang daripada 3 jam tetapi tidak berasa mengantuk. walaupun saya cuba untuk melelapkan mata, saya percaya saya tidak boleh tidur juga kerana - sekali lagi, fikiran ini sangat kusut.
- jika diberikan pilihan untuk menjadi manusia atau binatang, mungkin sekarang saya rela menjadi seperti seekor kucing yang saya jumpa di cafe tadi. kucing itu dengan senangnya duduk hujung singki dan hanya memerhatikan sekelilingnya. dia nampak tenang.
- saya mahukan ketenangan itu.
- saya akan menghilang selama 3 hari dan apabila saya kembali saya harap saya akan lebih tabah menghadapi hidup ini walau apa pun yang mungkin berlaku.
- saya merasakan saya extra emosional minggu ini kerana - saya pun tak tahu kenapa. gerak hati saya menyebabkan saya bertindak melakukan aksi lagak ngeri yang hanya menyakitkan diri saya sendiri.
- saya telah menyakiti hati orang yang paling saya sayang.
- lirik ini bermain di fikiran saya dari pagi tadi:
ini salahku
tak ingin ku terlambat dan sesali
maafkanlah bila ku selalu
membuatmu marah dan benci padaku
kulakukan itu semua
hanya untuk buatmu bahagia
mungkin ku cuma tak bisa pahami
bagaimana cara tunjukkan maksudku
aku cuma ingin jadi
terbaik untukmu
- terbaik untukmu - Dygta -
woh,
ReplyDeleteall the effects mentioned are bcoz of thesis kah?
OMG.
im scared now.
:(